Kotak harta

Kotak harta atau kotak tikam (Bahasa Inggeris: Loot box) dalam permainan video merujuk kepada barang maya yang boleh diperoleh untuk mendapatkan barang-barang maya yang lain secara rawak. Barangan yang diperoleh adalah pelbagai termasuk pengolahan ringkas bagi watak atau peralatan-peralatan seperti senjata dan perisai. Kotak harta lazimnya dibayar dengan wang nyata dan oleh itu boleh berperanan sebagai salah satu sumber-sumber perolehan wang dalam industri permainan video.Sistem kotak harta terawal muncul pada sekitar pertengahan 2000-an,[1] tetapi menjadi meluas pada 2010-an melalui penggunaan dalam permainan-permainan video terkenal. Namun begitu, sistem kotak harta mula diguna pakai dalam cara-cara yang menarik kritikan yang ramai. Kritikan-kritikan yang lazim termasuk unsur "bayar untuk menang" yang memihak kepada pemain-pemain yang menggunakan duit nyata serta elemen-elemen perjudian dalam sistem serta menggalakkan ketagihan permainan video dan ketagihan perjudian.[2] Hal-hal ini menyebabkan sistem kotak harta mula dikawal berdasarkan undang-undang berkaitan perjudian dalam sesetengah negara.[3]

Berkaitan